Stellar Compass (превод на малайски)

Реклама
превод на малайскималайски
A A

Kompas Bintang

Telah berlalu lama semenjak kita meninggalkan rumah kita dahulu
Melayari jalan yang berliku
Dimakanah saya sepatutnya pergi?
Apakah yang sebenarnya kita cari?
Tersadung di dalam kegelapan, sejuk dan sesat
 
Tetapi sinaran harapan masih wujud di dalam hati
Hujan atau cerah, sentiasa mengejar impian
 
Suatu hari nanti, kita akan terbang menyusuri langit
Tidak gentar dengan apa-apa
Kita akan berjanji yang “kita akan teruskan!”
Walau kamu menentang arus,
Tidak berhenti!
Jangan pandang belakang!
Suatu hari nanti kita akan bangkit daripada semuanya
 
Ianya terlepas pergi apabila saya cuba untuk menangkapnyanya dan memegangnya
Impian sentiasa kelihatan masih jauh dan menyakitkan
Bagaimana saya menjadikannya mungkin?
Apakah saya perlukan untuk menjadikannya nyata?
Apapun yang datang, saya tidak akan menyerah kalah
 
Masih ada sinar harapan di dalam matamu
Saya boleh terbang selagi mana kamu masih lagi disini
 
Suatu hari nanti kita akan menemui jalan kepada impian
Suatu kelepasan kepada ruang yang pecah
Kita tak akan hilang arah”kita boleh bertahan”
Siapa peduli jika jalannya mencabar
Tidak fikirkannya!
Terus berusaha!
Kita akan menemui tanah yang dijanjikan
 
Kita akan dilahirkan semula sebagai seseorang
Untuk memecah keluar daripada kegelapan
 
Suatu hari nanti, kita akan terbang menyusuri langit
Tidak gentar dengan apa-apa
Kita akan berjanji yang “kita akan teruskan!”
Suatu hari nanti kita akan menemui jalan kepada impian
Suatu kelepasan kepada ruang yang pecah
Kita tak akan hilang arah”kita boleh bertahan”
 
Walau kamu menentang arus,
Tidak berhenti!
Jangan pandang belakang!
Suatu hari nanti kita akan bangkit daripada semuanya
Siapa peduli jika jalannya mencabar
Jangan fikirkannya!
Terus berusaha!
Kita akan menemui tanah yang dijanjikan
 
Публикувано от JnJn в втор., 30/07/2019 - 21:25
Превод, добавен в отговор на заявка, направена от Zarya MoonwolfZarya Moonwolf
английскианглийски

Stellar Compass

Още преводи на „Stellar Compass“
малайски Jn
Моля, помогнете с превода на „Stellar Compass“
Idioms from "Stellar Compass"
Коментари