Russia is waging a disgraceful war on Ukraine.     Stand With Ukraine!

Left and Right (Malaiisch Übersetzung)

Malaiisch ÜbersetzungMalaiisch
/Englisch
(reimend, singbar)
A A

Kiri Kanan

Kenangan di kiri kanan
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
 
Semenjak hari yang kau pergi
(Bagaimanalah)
Cara melupakan rupa badanmu
(Nak buat apa)
Mungkin saja kupatut fokus diri
(Ku hanya fikirkan)
Malam kita berbelit di katilmu
 
Tidak (tidak)
Tidak (tidak)
Kau berpusing-pusing dan tersangkut di otakku (ya)
 
Kenangan di kiri kanan
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
Cintaku kekal berzaman
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
 
Semenjak hari yang kau pergi
(Perlu berapa)
Gelas lagi untuk tenangkan hati
(Nak buat apa)
Susah kulupakan kelakuanmu
(Kini kufikirkan)
Malam kita berbelit di katilmu
Tidak (tidak)
Tidak (tidak)
Kau berpusing-pusing dan tersangkut di otakku (ya)
 
Kenangan di kiri kanan
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
Cintaku kekal berzaman
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
 
Sedarkah yang kau larikan diri
Kini pun kumasih tak puas hati
Tahukah semua mimpiku sama
Setiap kali kupejam
 
Kenangan di kiri kanan
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
Cintaku kekal berzaman
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
 
Terasa kau di sana, terasa kau di sini
Seluruh mindaku kau penuhi
(Nak buat apa)
 
Danke!

I prefer translating songs in a singable and rhythmic way so you might notice it in my translations. Please correct me if you see a mistake in them and feel free to use it. Also, credit is always appreciated.

Von SuzwanzaSuzwanza am Di, 09/08/2022 - 11:26 eingetragen
Englisch
Englisch
Englisch

Left and Right

Kommentare
Read about music throughout history