Sheikh Emam - Boutikaat (Boutiques) (Malay translation)

Arabic

Boutikaat (Boutiques)

بوتيكات النات كوا النات
وشقق مفروشه وعمولات
يا حلاوه الناوة كوا الناوة
يا بلدنا يا اخر فتاكات
بوتيكات النات كوا النات
***
شبيبيك لبيك فتح مخك
لبييك شبيك غمض عينك
حتقفّل مخك حنطخك
ونلوشك لو تفتح عينك
ركب قرنين تركب مازدا
وتعيش سلطان فى البراوز دا
مش عاجبك فالجبنه الفاسدة
والعيش والفول والكرّات
يا حلاوه الناوه كوا الناوه
يا بلدنا يا اخر فتاكات
بوتيكات النات كوا النات
***
مين فيكوا ما يعرفش عليوه
شيال المينا الكحيان
فى ثواني اتمول واتحول
بقي مسيو عليوة عليان
ازاى؟ ما هى بوظه ومفتوحه
على حس ولاد المفضوحه
وارانب صاحيه ومدبوحه
تتأستك تبع البنوكات
يا حلاوة الناوة كوا الناوة
يا بلدنا يا اخر فتكات
بوتيكات النات كوا النات
***
حتقولي الفقرا ومشاكلهم
دى مسائل عايزة التفانين
وانا رأيي نحلها رباني
ونموت كل الجعانين
وبهذا ما حدش حيجوع
لو نعلن هذا المشروع
و ح نقفل هذا الموضوع
نهائيا ونعيش فى تبات
يا حلاوة الناوه كوا الناوة
يا بلدنا يا اخر فتكات
بوتيكات النات كوا النات
 
Submitted by amad.ardy on Tue, 04/04/2017 - 17:48
Last edited by amad.ardy on Sun, 16/07/2017 - 06:56
Align paragraphs
Malay translation

Butik-Butik

Butik-butik pakaian
Rumah mahligai, pesuruh perempuan
Alangkah indahnya kehidupan
O tanah airku yang permai
(Penuh dengan) butik-butik pakaian
***
Tepuk amai-amai buka minda kau
Tepuk ramai-ramai pejam mata kau
Kalau kau buka minda kau, siaplah!
Sekeh kepala kalau kau buka mata
Mereka tunggang binatang bertanduk dua sedang kau naik Mazda
Kau ibarat raja di tengah-tengah kota semacam tahi
Lidah kau tak akan menerima keju yang sudah berbau ini
Bersama roti eish, kacang pool, dan sayur bawang
Alangkah indahnya kehidupan
O tanah airku yang permai
(Penuh dengan) butik-butik pakaian
***
Siapa antara kamu yang tidak mengenal kelas atasan
Ibarat ahli silap mata mereka menyingkap tirai
Dalam sekelip mata berubah rupa dan melimpah kaya
Menjadi Monsieur yang segak dan berada
(Kau tanya) bagaimana?
Apa beza itu dengan ais-krim yang terdedah
Di tangan anak kecil semberono lagi nakal
Bukankah arnab itu celik matanya sewaktu disembelih?
Kau dilupakan daripada menjejaki sumber kekayaan mereka
Alangkah indahnya kehidupan
O tanah airku yang permai
(Penuh dengan) butik-butik pakaian
***
(Andai) kau kabarkan aku derita golongan miskin
Bahawa ia adalah masalah yang mendambakan penyelesaian
Pada pendapat aku penyelesaiannya di tangan Tuhan
Kita biarkan semua yang kelaparan mati
Dengan ini tiada lagi orang berkosong perut
Ayuh kita isytiharkan dasar baru ini
Kita simpul-matikan tajuk perbahasan ini
Agar kita terus hidup syukur aman dan damai
Alangkah indahnya kehidupan
O tanah airku yang permai
(Penuh dengan) butik-butik pakaian
 
Submitted by amad.ardy on Sun, 16/07/2017 - 06:07
Author's comments:

Syair ini elok dibaca dengan membayangkan ia perbualan yang berlaku antara dua orang (atau arketaip) golongan kelas atasan dan kelas bawahan.

Comments