Sheikh Emam - Homma Meen W Ehna Meen (Who Are Them And Who Are We) (Malay translation)

Malay translation

Mereka Siapa Kita Siapa

Mereka siapa, kita siapa
Merekalah raja dan para bangsawan
Takhta dan harta di dalam genggaman
Manakala kita rakyat fakir yang tertunduk
Guna otak cuba teka
Siapa yang berkuasa ke atas siapa?
 
Mereka siapa, kita siapa
Kita pembancuh simen dan pekerja buruh
Kitalah penerus warisan, penuntut kewajipan
Kitalah manusia, samada panjang atau lebar
Dari jerih kita bumi ini dimakmurkan
Dari peluh kita taman-taman ini menghijau nyaman
Guna otak cuba teka
Siapa yang berkhidmat kepada siapa?
 
Mereka siapa, kita siapa
Merekalah raja dan para bangsawan
Mereka punya villa dan kereta mewah
Gadis-gadis sunti dan barang perhiasan
Haiwan-haiwan peliharaan serta tunggangan
Tugas mereka hanya mengisi perut
Guna otak cuba teka
Siapa yang sedang menelan siapa?
 
Mereka siapa, kita siapa
Kita bunga cengkih ditengah-tengah bunga melur
Kitalah peperangan – kayu dan nyalanya
Kitalah tentera yang hadir me-merdehekakan buminya
Kitalah korban-korban perang di setiap persimpangannya
Menang perjuangan atau kalah terhapuskan
Guna otak cuba teka
Siapa yang sedang menyembelih siapa?
 
Mereka siapa, kita siapa
Mereka raja dan para bangsawan
Merekalah pemandangan dan dendangan
Majlis keramaian dan mainan politika bangsawan
Akal mereka sekenyal getah
Jasa tertulis pada medal dan darjat-darjat kebesaran
Guna otak cuba teka
Siapa yang sedang men-temberang siapa?
 
Mereka siapa, kita siapa
Merekalah raja dan para bangsawan
Mereka menyarung pakaian paling ‘hip’
Sedang kita hidup tujuh orang sebilik
Mereka mengunyah merpati dan ayam
Kita menelan kacang ‘pool’ sehingga muak
Mereka berjalan menaiki kapal terbang
Kita bersesak-sesak di dalam bas awam
Hari-hari mereka berlalu dengan riang
Mereka golongan lain, kita golongan lain
 
Dua tiga kucing berlari (*Eenie-meenie-mynie-mo)
Lagu ini ditujukan kepada kalian
Bilamana rakyat bangkit menuntut:
“Samada kami atau mereka di tanah ini: pilihlah!”
Guna otak cuba teka
Siapa yang akan menundukkan siapa?
 
Submitted by amad.ardy on Fri, 09/09/2016 - 13:24
Last edited by amad.ardy on Tue, 28/03/2017 - 10:32
Arabic

Homma Meen W Ehna Meen (Who Are Them And Who Are We)

Comments