Souad Massi - Lastou Adri (I Don't Know) (Malay translation)

Malay translation

Aku Tidak Tahu!

Dari mana aku berasal? Entah, yang penting aku sudah sampai
Aku nampak jalan di hadapan maka ku hulurkan kaki
Tetap aku melangkah kaki, samada diri ini suka atau benci
Bagaimana aku sampai? Bagaimana aku nampak jalan ini?
Aku tidak tahu!
Aku tidak tahu!
Adakah aku ciptaan baharu atau dahulu
Aku tidak tahu!
Adakah aku manusia bebas atau banduan dibelenggu
Aku tidak tahu!
Adakah aku pemandu arah tuju hidupku atau sekadar pengikut
Aku tidak tahu!
Aku kepingin untuk mengetahui jawapannya akan tetapi, akan tetapi...
Dan perjalananku! O perjalananku, apa ia sebentar atau lama
Aku tidak tahu!
Adakah aku mendaki bukit atau sedang terjatuh dari tebing
Aku tidak tahu!
Adakah aku sedang melalui lorong atau lorong itu yang melampaui aku
Aku tidak tahu!
Adakah masa berjalan sedangkan kita melahu
Aku tidak tahu!
Aku bertanyakan laut, “Benarkah aku berasal dari kamu”?
"Aku tidak tahu!"
"Apakah benar apa yang mereka perkatakan tentang kau dan aku?"
"Aku tidak tahu!"
"Tidakkah mereka sedar yang mereka sedang menabur berita palsu!"
Maka Ombak laut bergulung tertawa lalu berkata,
“Aku pun tidak tahu!”
“Aku pun tidak tahu!”
 
Submitted by amad.ardy on Mon, 27/11/2017 - 05:44
Last edited by amad.ardy on Mon, 07/05/2018 - 04:10
Arabic

Lastou Adri (I Don't Know)

Comments