Adele - Set Fire to the Rain (traducere în Malay)

traducere în Malay

Nyalakan Api Ke Dalam Hujan

Ku lepaskan hatiku
Dan pabila ianya jatuh, kau sambut (hatiku)
Aku terjatuh dalam kegelapan
Dan kau kucup bibirku dan selamatkanku
 
Tanganku kuat
Tetapi kakiku terlalu lemah
Untuk berdiri dalam pelukanmu
Dengan tidak tersungkur ke tanah
 
Tetapi kau ada satu muka
Yang aku tidak pernah tahu, tidak pernah tahu
Segalanya yang kau tuturkan
Mereka tidak benar, tidak benar,
Dan permainan yang kau mainkan,
Kau selalu menang, selalu menang
 
Tetapi aku nyalakan api ke dalam hujan,
Lihatnya turun sambil aku sentuh mukamu
Ia membakar sambilku menangis
Kerana aku terdengar ia jeritkan namamu, namamu!
 
Pabila aku bersamamu,
Aku boleh tinggal di situ,
Pejamkan mata,
Berasa seperti kau akan di sini selamanya
Kau dan aku bersama,
Tiada apa yang lebih baik dari itu
 
Kerana kau ada satu muka
Yang aku tidak pernah tahu, tidak pernah tahu
Segalanya yang kau tuturkan
Mereka tidak benar, tidak benar,
Dan permainan yang kau mainkan,
Kau selalu menang, selalu menang
 
Tetapi aku nyalakan api ke dalam hujan,
Lihatnya turun sambil aku sentuh mukamu
Ia membakar sambilku menangis
Kerana aku terdengar ia jeritkan namamu, namamu!
 
Aku nyalakan api ke dalam hujan,
Dan aku campakkan kami ke dalamnya,
Ia terasa sesuatu mati
Kerana aku tahu itulah kali yang terakhir, yang terakhir.
 
Kadang kala aku terjaga di pintu,
Hati yang kau sambut, pasti menantimu,
Walaupun sekarang kami tidak lagi bersama,
Aku tidak boleh menahan daripada menoleh ke lain.
 
Aku nyalakan api ke dalam hujan,
Lihatnya turun sambil aku sentuh mukamu
Ia membakar sambilku menangis
Kerana aku terdengar ia jeritkan namamu, namamu!
 
Aku nyalakan api ke dalam hujan,
Dan aku campakkan kami ke dalamnya,
Ia terasa sesuatu mati
Kerana aku tahu itulah kali yang terakhir,
Yang terakhir, oh, oh!
 
Biarkan ia terbakar
 
Postat de muffinsnslushies.fluff la Duminică, 03/03/2013 - 17:58
Adaugat ca răspuns la cererea riduanfikri@gmail.com
Comentariile autorului:

Lirik lagu ini banyaknya simbolik dan tak boleh di terjemahkan secara literal. Contohnya:

"Untuk berdiri dalam pelukanmu
Dengan tidak tersungkur ke tanah"

Bermaksud bila dia bersama dengan lelaki ini, dia betul betul serahkan dirinya ke lelaki itu. Dia tidak lagi dapat berfikir secara rasual.

Pendek kata, lagu ini menceritakan macam mana si gadis ini jatuh cinta dengan seorang lelaki tetapi kemudian dia sedar yang lelaki itu telah menipunya dan kini walaupun dia masih lagi cintakan lelaki itu, dia mahu hentikan hubungan mereka dan tidak lagi dipermainkan oleh si lelaki tadi. Di dalam korus, dia 'nyalakan api ke dalam hujan', mungkin disini dia bermaksud yang dia hendak hapuskan segala galanya (nyalakan api) walaupun dia sedang menangis mengenangi hubungan mereka (hujan).

Harap ia dapat membantu Regular smile

Engleză

Set Fire to the Rain

Comentarii