Russia is waging a disgraceful war on Ukraine.     Stai cu Ucraina!
Acțiune
Marimea fontului
Traducere
Swap languages

Terlalu Cepat

Setiap kali aku tutup mataku, kulihat kamu di depanku
Aku masih boleh dengar suaramu memanggil namaku
Dan aku ingat semua cerita yang kau ceritakan kepadaku
Aku rindukan masa kau di sampingku
Namun aku sangat bersyukur atas setiap masa kita bersama
Kerana kutahu kehidupan ini tidak akan kekal
 
Chorus
Kau pergi terlalu cepat
Kau berlalu terlalu cepat, terlalu cepat
Aku perlu meneruskan hidup ini kerana ia sudah terlalu lama
Aku perlu henti menangis, aku perlu yakin dan kuat
Aku akan cuba bertahan, walaupun ia amat sukar
Aku lihatmu dalam mimpi-mimpiku tapi kau hilang bila ku tersedar
Pergi terlalu cepat
 
Malam dan siang, aku masih rasa kau dekat denganku
Dan aku mengingatimu dalam setiap doaku
Setiap hari (kudoakan) semoga kau di bawah belas kasih-Nya
Namun kehidupan ini tak kan sama, dan ia tak kan mungkin sama
Tapi aku bersyukur atas setiap kenangan kita kongsi bersama
Kerana aku tahu kehidupan in tidak kekal selama-lamanya
 
Chorus
 
Ada hari-harinya aku tak punyai kekuatan untuk teruskan
Aku berasa terlalu lemah dan aku tidak dapat mengelak bertanya "Kenapa?"
Namun aku mampu menghadapi segala keperitan apabila aku sesungguhnya menerima
Bahawa kita semua milik Tuhan, dan kepada-Nya kita akan kembali, ooh
 
Versuri originale

So Soon

Fă click aici pentru a vedea versurile originale (Engleză)

Comentarii