Maher Zain

Freedom - Terjemahan Bahasa Melayu

Album:
Thank You Allah
Asli
Terjemahan

Freedom

Kebebasan

Berkumpul di sini bersama-sama keluargaku
Jiran dan kawan-kawanku
Berdiri teguh bersama melawan
penindasan dengan berpegangan tangan
Tidak kira dari mana kau datang
Atau sama ada kau muda, tua, wanita atau lelaki
Kita di sini atas sebab yang sama;
kita hendak menuntut semula tanah kita
 
REF
Oh Tuhan Terima kasih
Kerana memberikan kami kekuatan untuk bertahan
Dan kini kami di sini bersama-sama
MemanggilMu tuk memohon kebebasan, kebebasan
Kami tahu Kau yang Maha Mendengar Ooh
MemanggilMu tuk memohon kebebasan, berjuang demi kebebasan
Kami tahu Kau takkan mengecewakan kami Ooh
Kami tahu Kau bersama kami
 
Tiada lagi terkurung dalam tanah sendiri
Tiada lagi ketakutan untuk bersuara
Impian kami hanya untuk bebas, hanya untuk bebas
Kini pabila kita mengambil langkah pertama
Ke arah kehidupan dengan kebebasan yang sempurna
Kita dapat lihat impian kita semakin hampir menjadi kenyataan, kita hampir berjaya
 
Ref.
 
Aku dapat merasakan semangat kita dalam suasana ini
Dan ini menjadikanku lebih kuat untuk melihat semua orang
Berdiri bersama-sama bersatu berpegangan tangan
Menyuarakan lantang hasrat untuk mendapatkan hak kebebasan
Inilah dia dan kita takkan berundur
Oh Tuhan, Kau yang Maha Mendengar
Dan kami memanggilMu tuk memohon kebebasan, kebebasan
 
Kaulah yang Maha Mendengar Ooh
Kami memanggilMu tuk memohon kebebasan, memanggiMu tuk memohon kebebasan
Kami tahu Kau takkan mengecewakan kami Ooh
Kami tahu Kau bersama kami
Kebebasan, Kebebasan, Kebebasan
expand collapse Translation details
Tamu Tamu
diunggah pada tanggal 31 Jul 2016 - 06:05
Komentar penulis:

Malay language translation. Hope it helped you :)