✕
Malay
Malay
Warga Oz: Berita baik! Penyihir, dia dah mati!
Khabar gembira, penyihir jahat dah mati!
Mujur! Lega!
Si paling jahat tewas!
Penyihir Jahat dari Barat
Seteru yang memporak-perandai Oz
Tewas! Mujur! Mujur!
Tengok! Itu Glinda!
Glinda: Hari indah, mari bersyukur
Kerna kebaikan berjaya menggempur
Menyingkir jahat yang termasyhur
Oh, girangnya bila kebaikan bersinar
Dan kejahatan sirna, akhirnya
Sejahtera
Kamu dan...
Warga Oz: Tiada yang meratap
Gugur si jahat hina
Kuburnya tak ditabur bunga
Matinya 'kan diungkap
Dijadikan iktibar
'Tuk anak yang makin liar
Glinda: Dan si jahat
Hidupnya serba sepi
Kerana
Hatinya yang lopong
Merana hingga mati
Takkan pasti tertolong
Warga Oz: Ya, si jahat
Hidupnya serba sepi
Sentiasa
Sendiri melolong
Apa yang kau semaikan
Kau sendiri menanggung
Tapi Cik Glinda! Mengapakah kejahatan berlaku?
Glinda: Itu soalan yang bagus.
Adakah orang jahat sejak lahir atau mereka didorong agar menjadi jahat?
Lagipun, Penyihir Jahat juga pernah kecil
Dia ada ayah, yang kebetulan adalah gabenor Munchkinland.
Frexspar: Kanda bersidang ya, sayang!
Glinda: Dan tentulah dia, juga ada ibu.
Frexspar: Berat hatiku meninggalkanmu
Melena: Kau 'kan hanya pergi semalam
Frexspar: Dinda di hati kakanda
Walau tak bersama
Glinda: Seperti keluarga lain, mereka juga ada rahsia.
Lelaki Misteri: Minumlah lagi, hai hitam manis
Ku masih di sini semalam
Oh, teguklah lagi hirupan hijau
Agar berahi nanti bergurau
Nah, telanlah tiap titik, nona cantik
Dan ikut abang
Glinda: Dari satu bertambah satu, seperti selalu.
Tapi sejak dia dilahirkan, dia berbeza.
Bidan: Sekarang
Frexspar: Ya?
Bidan: Dia 'kan lahir!
Frexspar: Mana?
Bidan: Itu hidung
Frexspar: Dan rambutnya
Frexspar & Bidan: Ia bayi sihat, cantik, lagi—
Frexspar: Oh, demi Oz!
Bidan: Apa dia?
Frexspar: Apa yang tak kena?
Bidan: Tak kusangka!
Frexspar: Apa ini?
Bidan: Luar biasa!
Frexspar: Tak mungkin!
Frexspar & Bidan: Bak kodok dan kubis air
Aneh sekali dia lahir
Frexspar: Hijau
Bawa ia pergi! Bawa ia pergi!
Glinda: Jadi, hidup dia tak mudah
Warga Oz: Tiada yang meratap
Gugur si jahat hina
Kini damailah sebuana
Warga Oz (Glinda): Dan kebaikan (Kebaikan)
Yang benar terbukti
Si jahat
Tak akan tertolong (Tertolong)
Malanglah (Malanglah)
Yang tak kenang budi
Dan sombong
Tiada yang meratap (Gugur!)
Si jahat yang hina (Gugur!)
Si jahat yang
Glinda & Warga Oz: Hina, hina, hina
Comments
Everywhere
andrewva


