• Wicked: For Good (OST)

    Tiada Tempat Seperti Rumahku [No Place Like Home]

Condividi
Font Size
Malese
Malese
Mengapa kukasih walau dibenci
Oleh tempat yang kini makin tidak bertamadun?
Bagiku, Oz cita mulia, ia janji, dan idea
Impian yang ingin kusantun
 
Mengapa ku terus peduli petaka begini?
Ia cuma batu, dan tanah keras
Batu, tanah, yang kukenali
Pusaka yang kudiami
Jadi, ini rumahku
Tiada tempat seperti rumahku
 
Bila kau rasa putus asa
Katakanlah
“Ini rumahku!”
Walau kau rasa tak berdaya
Bertahanlah
Kerna ini rumahmu!
 
Jangan kau pergi
Merintih, terkilan
Itu yang m’reka mahu
Cuba kau kenangi
Apa kau tinggalkan
Oz juga milikmu!
 
Bila musuh menggugatmu
Kata kau tak bernilai
Pantang kau berundur
Mereka pasti dikalahi
Jika kita mengulangi
Ini rumahku!
Ini rumahku!
Ini rumahku!
 
Berjuanglah tanpa henti
Kedamaian ‘kan kembali
Tiada tempat seperti rumah...
 

 

Commenti